لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam Sejahtera
Salam Muhibbah
Salam Perpaduan
Salam Satu Malaysia


Disini dengan bersemangatnya aku ingin memberitahu kepada semua makhluk Allah yg ada di dalam bumi ini. Pada tarikh yg telah ditetapkan oleh-Nya iaitu 7 Mei 1959 hari Khamis pada tahun ular jam 3 pagi. Lahirlah seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W yang telah diberi nama TAKSIAH BINTI ISHAK oleh kedua ibu bapanya sendiri. Beliau dilahirkan di negeri Pahang Darul Makmur. Kat mana keluarnya beliau, itu tidak pasti. Beliau bertemu jodoh di Selangor tetapi dapat orang kelantan iaitu abah aku yg bernama Che Husain bin Che Pa. Mereka mendirikan rumah tangga pada 2 April 1988. Beliau bergelar IBU pada 12 Februari 1989. Sehinggalah kini beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata yg macho dan sweet (aku lah kott) :p 

Pada tarikh 7 Mei 2011, aku dan kaum kerabatku telah menyambut hari kelahiran beliau yg ke (?) (kiralah sendiri) :D Ramai jugak laa yg ada hari tu. Sampaikan atok, nenek dan moksu aku pun datang dari kampung (padahal tiga orang je yg bukan penduduk tetap rumah aku ni) hahaha bajet macam ramai gila kan :) Btw aku tak plain apa apa pun. Cuma yg aku selalu aku buat, beli makanan dan kek. Tu jelaa tiaptiap tahun aku akan buat :) Takda idea laa pasal party party ni. Mungkin nanti aku plain nak buat party pakai baju tidur atau baju koboi atau baju formal. Haha tengah tengah malam pulak party tu. Memang best aku rasa kan :D Mungkin orang lain dah pernah buat. Bagi aku baru first time, macam batak kott dengan semua tuu. HAHA

Okey okey tutup cerita pasal semua tu. Aku cuma nak tunjuk makanan apa yg ada malam tu. Tak semeriah macam party yg selalu korang buat. Tapi okey la untuk family aku kan :) Bila tengok semua makanan tu boleh buat perut buncit jugak la kann :D Sedap dia boleh tahan gak. Tu pun sebab aku yg gorengkan. Hahaha tengoklah makanan makanan ni 


nampak tak apa benda semua tu ? hahaha sedap wehh
meh meh yg jauh mari dekat
yg dekat mari rapat
yg rapat kita kahwinkan
aku tunjuk satu persatu meh
satey ayam
kuah kacang
nasi himpit
timun + bawang
kentang goreng
hotdog (maaf masin) HAHA :p
and for the last one
kek berperisa strawberi
kenapa ALONG di situ?
sebabnya kek ni atok nenek dan moksu yg belikan
memandangkan beliau anak sulung
so Alonglah jadinyaa :)

Itulah antara makanan yg ada pada malam tu. Sedap tak sedap jugaklah. Kalau korang semua nak merasa semua makanan tu, belilah. Then habiskan sendiri :) Nak cerita pulak pasal satey ayam tu kan. Aku pergilah ada satu kedai makan ni. Ramai gila orang tengah menunggu satey siap dibakar. Aku pun antara orang yg tergolong jugaklah kan. Aku pun macam was was takut satey tak cukup, dengan muka tebalnya aku pun lalu depan depan orang ramai sebab nak tanya kat tukang bungkus satey tu ada lagi ke satey. Dah la tak cukup tinggi kakak tu. Buat kerek pulak dengan aku yee. Main jeling jeling lagikan. Ni dialog aku dengan kakak tak cukup tinggi tu dengan singkatan KTCT. Hahahaha :p

Aku: Kak, satey ada lagi tak?
KTCT: Nak berapa?(dia jeling aku)
Aku: 50 batang.
(dia buat bodoh dok kira apa tah kertas banyak banyak)
KTCT: Tunggu jap(dia terus blah)

Kalau si tak cukup tinggi dah buat macam tu, korang rasa aku nak tunggu dia ke? Huih takda masa wehh nak tunggu kau. Lepas dia blah, aku pun boleh blah gak. Blah pergi kedai lain. Malas aku nak menatap muka si tak cukup tinggi tu. Aku pun ajak la abang aku sorang ni pergi Cheras. Kedai ni bagus. Aku tak sempat lagi nak turun motor, dia dah tanya nak berapa batang. Pehhh tersenyum lebar aku. Hahahaha :D Kan senang macam tu. Sekejap je dah dapat 50 batang satey. Kalaulah aku tunggu kat kedai si tak cukup tinggi tu, aku rasa orang kat rumah aku ni pengsan kelaparan wehh tunggu satey je. Tak patutttt. So, moral of the story is, kepada yg membuka kedai makan, jagalah pelanggan korang tu elok elok yee. Kan dah rugi satu pelanggan. Hahaha RM35 wehh dia dah rugi kat situ. Tak patutttttt :) Okey tutup cerita pasal satey. Ni korang tengok pulak aksi aksi family aku malam tu :)
:: Selamat Hari Lahir Ibu
:: Semoga Ibu panjang umur
:: Atie doakan rezeki Ibu dimurahkan oleh Allah
:: Atie minta ampun dari hujung rambut sampai hujung jari kaki
dengan segala kesalahan yg pernah Atie lakukan pada ibu
:: ATIE SAYANG IBU

8 Mei 2011 pulak aku dan kaum kerabat menyambut hari ibu. Time tu ada tiga orang ibu. Pakngah aku pulak datang bawak makanan. Kek dan KFC. KFC tak sempat nak snap picture laa. Korang tahu sendiri la kan KFC tu macam mana. Hahaha ni gambar pada hari ibu.
Inilah tiga orang ibu yg aku katakan tadi
:: Hjh. Siti Rahmah binti Hj. Jaafar
:: Taksiah binti Ishak
:: Rohaya binti Ghazali
=>  Selamat Hari IBU kamu kamu dan kamu :)

Jap jap. Ada lagi satu benda aku nak tunjuk kat korang. Benda ni dah lama jugak. Disambut pada 22 April 2011. Disebabkan time tu aku tak ada idea nak update blog ni, so sekaranglah aku postkan :) Birthday my lovely daddy, Che Husain bin Che Pa :) Memang kelakar time nak sambut birthday Abah ni. Orang nak surprisekan dia, dia pulak yg surprisekan orang. Boleh pulak dia balik lambat malam tu. Penat menunggu dengan laparnya. Dia dah balik, apa lagi, aku, ibu dan kak Ida kelam kabut laa nak tutup lampu semua bagai lah. Dengan belon dah sampai depan pintu(dah kantoi di situ). Nak bukak lagu birthday tapi bapak perlahan gilaa wehh. Bunyi kentut pun lagi kuatlah dari lagu tu. Hahaha lepas makan makan semua Abah boleh gelak cerita pasal ni. Haihh tulah yg dinamakan surprise kuasa dua. Hahaha Okey, makanan yg ada malam tu cuma kek dan chicken chop. Tapi satu jela gambar yg aku ada. Cukup la kann.

:: Selamat Hari Lahir Abah
:: Semoga Abah panjang umur
:: Atie doakan rezeki Abah dimurahkan oleh Allah
:: Atie minta ampun dari hujung rambut sampai hujung jari kaki
dengan segala kesalahan yg pernah Atie lakukan pada Abah
:: ATIE SAYANG ABAH
p/s: copy and paste je yg kat atas tu. hahaha

Okeylah. Itu sahajalah entry aku kali ni. Entry paling panjang yg pernah aku buat. Bangga wehh :D Penat jugak nak menyiapkan entry kali ni. Tiga hari wehh aku nak buat benda ni jee. Apa apa pun seronok dapat bagi orang yg aku sayang tersenyum bila aku buat semua tu :) Wang tak penting dalam relationship ni. Cehhhh pandai berkata kata. Hahaha btw aku sayang dorang semua gila gila lah :)  Hahaha Pape pun party yg tak seberapa ni memang terbaik :) Terima kasih la pada yg sudi menjenguk blog aku ni kan :) Lepas ni jangan lupa jenguk lagi. Hahaha Sekian Wassalam~

p/s: lepas ni birthday aku pulak. jangan la buat buat lupa nak bagi hadiah. hahahaha