Mimpi Menjadi Nyata :')




 TADAA!
30 JUNE 2013
HAPPY BIRTHDAY PRINCESS
FATHIH HASNI BINTI CHE HUSAIN
MAY ALLAH BLESS YOU SWEETY



Nak update blog pasal cerita yang dah lepas 50 tahun. *okay tipu kat situSaja nak bagitahu satu dunia yang impian saya untuk birthday saya dah tercapai. Dari situ saya nampak ramainya orang di sekeliling saya ambil berat tentang saya selain daripada keluarga saya sendiri. Tak sangka sangat saya ada keluarga dan kawan-kawan yang sangat-sangat best sebenarnya. Cuma hati ni. Biasa laa manusia mana pernah puas apa yang mereka ada kan? :) Selepas dari kejadian yang bertanggal 30 Jun 2013, baru saya nampak yang saya dah cukup sempurna dan bertuah hidup dalam dunia ni. Tinggal lagi nak ubah diri ini menjadi insan yang lebih baik dan sempurna di sisi Allah. Mehh nak tunjuk apa yang saya ada sampaikan saya kata saya bertuah hidup dalam bumi Allah ni :)

_____________________________________________________________



Saya ada mereka ni yang selalu buat otak saya jadi gila. Mereka juga tak pernah gagal gembirakan hati saya. Moga persahabatan ini kekal sampai bila-bila. Kenal dari kecik tak pernah bosan nak jumpa lagi after this. Lagi rindu ada kalau tak jumpa. Eh! Thanks untuk belon dengan cup cake tu. Antara impian yang saya pernah tulis dalam blog before ni. Yeahh! I get it! Pastu nak cakap yang saya terkejut okay. Terkejut yang Mek datang celebrate brithday sekali. Budak yang lama menghilang tiba-tiba timbul. Lagi sorang cikgu yang tak pernah-pernah nak datang Shah Alam. Tapi sebab saya dia datang. Soooo sweeetttt :*



Thanks guys sebab sudi celebrate birthday even ada yang kena datang jauh-jauh dari KL *jauh sangatt. Terima kasih sangat-sangat sebab tak pernah lupa aku. Aku pun tak akan lupa korang dan takda benda yang boleh pisahkan persahabatan kita kecuali ajal maut :)

Cikgu Roshin, Seha Raphay, Atie Johari, Shikin Ahmad, Atiqah Zahariman
THANKS A LOT GUYS ♥

______________________________________________________________


Hari tu ada Modul akhir. Ni gila terharu lah senang cerita kan. Kawan-kawan saya yang best ni nyanyikan lagu birthday dalam kelas depan ramai orang. Benda tu pun dah buat saya rasa happy tak terkata. Perasaan time tu bercampur, malu ada happy pun ada. Terkejut tiba-tiba rasa lain macam time tu. Ni baru segelintir budak kelas saya. ada lagi ramai yang otak gila-gila jugak. Semua perangai macam budak part 1. Tak pernah nak berubah. Tapi yang berubah mereka semua makin HANDSOME and BEAUTIFUL. Cecehhhh :p
p/s: nak kenal sila DM minta nombor phone. hahaha

Thanks guys. Even kita baru kenal 2 tahun lebih, rasa macam dah kenal lama sangat. Excited pergi kelas sebab nak jumpa korang *ayat baekkk. Thanks for everything ada yang bantu aku belajar itu ini semua. THANKS :)

_____________________________________________________________


Budak ni nak buat surprise tapi tak menjadi. Beria tau dia nak buat surprise nak bagi hati saya gembira. Belon tu penting. Kesian dia saya punya expression buat dia sedih katanyaa. Mana taknyaa. dah kantoii. :p Tapi apa-apa pun dia punya nak surprise tu terkena diri sendiri. Takut saya marah dia. Sapa suruh cari pasal dengan orang macam ni. 

Thanks Naqib for this small celebration. Dalam hati ni sebenarnya seronok laa. Seronok sangat bukan tak rasa apa. Mana ada manusia yang tak suka orang usaha sesuatu untuk kita. Terima kasih untuk hiasan wall kat belakang tu. Cantikkk. Kesian berlecak ketiak katanya yee :) Thanks tau for everything jugak. Halal segala makan minum yang Aqib dah bagi. Maaf kalau ada salah silap sepanjang perkenalan kita ni yee. Maafkan mulut ni yang selalu membebel minta macam-macam. 0-0 okay. I'M SORRY :)

_____________________________________________________________

Last, terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga saya yang tak pernah nak lupa saya, tak pernah kurang sayang untuk saya, selalu ada bila susah senang saya. Berapa banyak thanks tu tak terkata lah banyak dia sebab banyak sangat sejak dari umur 1 hari sampai 21 tahun ni. Maaf juga sebab degil sangat diri ni. Sedar diri ni degil sangat susah dengar kata. Tapi janji akan berubah sikit demi sedikit untuk menjadi anak dan adik yang solehah. Insya' Allah :)

_____________________________________________________________

So, itu sahajalah untuk entry kali ni. Tiba-tiba rasa rajin pulak nak update benda yang dah lama tak sentuh ni. Tu pun sebab ada yang request. Cehh! Macam artis kann :D

Mohon maaf segala salah silap diri ini yee. Yang mana terkasar bahasa, tersilap bicara, tersentuh mana-mana, terambil apa-apa. Minta halal segalanya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)

Impian ♥

Mesti ramai yang impikan hari-hari penting *birthday dia disambut dengan bahagianyaa . Sama jugak lah dengan aku . Aku pun nak bahagia jugak , nak sweet-sweet , nak yang paling meriah sebab nak simpan tarikh tu sebagai tarikh yang paling istimewa dalam hidup aku . Memandangkan hari bahagia aku tu hampir-hampir dah , so aku ada impian . Impian yang mungkin aku takkan dapat kott . Tapi tak salahkan aku nak bagitahu apa yang aku inginkan . Antaranya , tengoklah kat bawah-bawah ni :)

Balon
Dapat balon macam ni pun okay jugak .
Nampak betapa sweetnya pemberi tu kan kan ;)
Pastu aku nak hari tu ada orang buat satu 'date' pastu ada surprise .
Kat tempat tu banyak sangat belon . Macam gambar bawah ni ;)

Nampak sweet gila bukan 
Ataupun macam kat bawah ni

Lagi sweetkan 
Boleh agakkan betapa bahagianya kita bila dapat macam ni .
Tapi kalau nak banyak lagi pun takpa . Aku tak kesah .
Tu pun kalau 'ang' banyak duit :p
Macam gambar kat bawah ni

Ehh . Banyak sangat ea ? Hahahaa
Tapi pape pun sweet sangat bila ada belon ni dan nampak comel ;) 

Cup Cakes
Wahh . Nampak lagi sweet kan bila ada cup cakes macam tu .
Kalau birthday mestilah ada kek kan .
Macam dah jadi kewajipan pulak .
Kali ni aku teringin sangat nak dapat cup cakes dari someone .
*evensusahnakdapat -,-
Rasa macam specialnyaa :')
Cup cakes tu taknak lah sweet sangat .
Tak perlu banyak-banyak .
Macam gambar ni pun cukup dah ;)

Ehh over sangat ke ? hahaha
Okay-okay tak lahh . Main-main jee 
Biasa-biasa cukuplah macam bawah ni

 Okay-okay . Tak-tak . Main-main jelaa :p
Tapi yang cincin tu macam dah habis sweet kan ? -,-
*harapannakdapat
Ni betul-betul punyaa

Yess . Macam ni betul .
Ni pun dah cukup buat saya rasa dihargai awakk *'awakk'tusiapa?

Pantai
Weii weii . Apa kau sweet sangat tuu -,-
Okay tempat macam ni sangat rileks kan .
Tenang je fikiran bila ada kat sini .
Kalaulah ada orang bawak aku kat tempat macam ni ,
pastu celebrate pulak birthday aku kat sini .
Ouchh ! Bahagianyaa 
Tapi apakan dayaa -,-
Tak kesahlah tepi pantai ke tepi laut ke .
Janji ada angin yang sepoi-sepoi bahasa :p
Tengah jalan pun boleh , macam gambar bawah ni 

Sehidup semati kononnyaa .
haktuiihh ! hahaha
Dah jangan nak merepek -,-
Tengoklah lagi gambar-gambar kat bawah ni ;)


Boleh imagine tak betapa bersorak gembiranya hati kita ?
Wuuhuuuu ! gila tak seronokkan ;) 

Sambut kat taman pun okay jugak ;)
Best jugak kan 

Candle Light Dinner
Nampak tak apa benda tu ?
Tu over sangat tuu .
Buat susah orang jee nak hantar makanan kat situ -,-
Simple-simple sudah tapi memang nak tepi pantai jugak :p
Cubalah tengok bawah ni

Macam ni kee

Macam ni kee

Okay ni yang paling simple lah .
Damn ! geramnyaa -,-
Bilalah nak dapat semua ni . hmm
Takpalah , simpan sebagai impian .
Manalah tahu tiba-tiba ada orang nak surprise sampai macam tu :p

Surprise Party

Benda ni paling ramai orang suka .
Surprise Party . OMG !
Suka kan suka kan ? ;)
Bila otak kawan-kawan semua dah bergabung ,
memang boleh hancurlah dunia ni -,-'
Time tu baru rasa betapa pentingnya kita hidup dan pentingnya ada kawan .
Rasa sangat dihargai .
Tengoklah betapa seronoknya bila kawan-kawan ingat kat kita ;)




Hadiah
Kalau nak cerita pasal hadiah ni ,
ikutkan hati memanglah nak benda yang sedap mata memandang .
Murah-murah cukup lah macam kat bawah ni .

Kalau boleh , Ferari kee .

Nak murah sikit , Mini Copper kee .

Okaylah . Ni paling murah . Swift pun takpa .
Tapi kalau nak pendekkan cerita ,
bagi jelah benda kat bawah ni -,-

Rumah ni jee cukup lah .
Janji selesa ;)
*itukalauikutkanhati

Tapi hakikatnyaa , aku tak kesahlah pasal hadiah .
Janji ikhlas dari hati putih suci dah cukup buat aku happy .
Nak bagi duit syiling 1sen pun takpa .
Banyak makna yang tersirat tu ;) *janganlahbegitu

So dapat rasa apa yang aku rasa tak ? ==' Segalanya hanya impian semata-mata . Tidak ada kena-mengena antara hidup atau yang telah meninggal dunia . hahahahaa Tapi manalah tahu impian ni boleh jadi kenyataan . Kalau bukan aku , mana tahu korang yang dapat alami semua ni . Kalau ada yang dapat alami , tak payahlah cerita kat aku . Aku taknak tahu pun pasal korang -,- *padahaljealous Pape pun aku akan terus menanti , mana tahu ada orang nak buatkan untuk aku :p Tak dapat semua , dapat dua atau tiga impian aku kat atas tu pun jadilah ;) Itu sahaja untuk entry kali ini . Terima kasih jenguk lagi :p


p/s: tiba-tiba ada anak raja datang meninang memanglah aku nak :p 
*mulalah nak merepek . okay baii -,-'
#BUKANMATADUITAN!