Mimpi Menjadi Nyata :')




 TADAA!
30 JUNE 2013
HAPPY BIRTHDAY PRINCESS
FATHIH HASNI BINTI CHE HUSAIN
MAY ALLAH BLESS YOU SWEETY



Nak update blog pasal cerita yang dah lepas 50 tahun. *okay tipu kat situSaja nak bagitahu satu dunia yang impian saya untuk birthday saya dah tercapai. Dari situ saya nampak ramainya orang di sekeliling saya ambil berat tentang saya selain daripada keluarga saya sendiri. Tak sangka sangat saya ada keluarga dan kawan-kawan yang sangat-sangat best sebenarnya. Cuma hati ni. Biasa laa manusia mana pernah puas apa yang mereka ada kan? :) Selepas dari kejadian yang bertanggal 30 Jun 2013, baru saya nampak yang saya dah cukup sempurna dan bertuah hidup dalam dunia ni. Tinggal lagi nak ubah diri ini menjadi insan yang lebih baik dan sempurna di sisi Allah. Mehh nak tunjuk apa yang saya ada sampaikan saya kata saya bertuah hidup dalam bumi Allah ni :)

_____________________________________________________________



Saya ada mereka ni yang selalu buat otak saya jadi gila. Mereka juga tak pernah gagal gembirakan hati saya. Moga persahabatan ini kekal sampai bila-bila. Kenal dari kecik tak pernah bosan nak jumpa lagi after this. Lagi rindu ada kalau tak jumpa. Eh! Thanks untuk belon dengan cup cake tu. Antara impian yang saya pernah tulis dalam blog before ni. Yeahh! I get it! Pastu nak cakap yang saya terkejut okay. Terkejut yang Mek datang celebrate brithday sekali. Budak yang lama menghilang tiba-tiba timbul. Lagi sorang cikgu yang tak pernah-pernah nak datang Shah Alam. Tapi sebab saya dia datang. Soooo sweeetttt :*



Thanks guys sebab sudi celebrate birthday even ada yang kena datang jauh-jauh dari KL *jauh sangatt. Terima kasih sangat-sangat sebab tak pernah lupa aku. Aku pun tak akan lupa korang dan takda benda yang boleh pisahkan persahabatan kita kecuali ajal maut :)

Cikgu Roshin, Seha Raphay, Atie Johari, Shikin Ahmad, Atiqah Zahariman
THANKS A LOT GUYS ♥

______________________________________________________________


Hari tu ada Modul akhir. Ni gila terharu lah senang cerita kan. Kawan-kawan saya yang best ni nyanyikan lagu birthday dalam kelas depan ramai orang. Benda tu pun dah buat saya rasa happy tak terkata. Perasaan time tu bercampur, malu ada happy pun ada. Terkejut tiba-tiba rasa lain macam time tu. Ni baru segelintir budak kelas saya. ada lagi ramai yang otak gila-gila jugak. Semua perangai macam budak part 1. Tak pernah nak berubah. Tapi yang berubah mereka semua makin HANDSOME and BEAUTIFUL. Cecehhhh :p
p/s: nak kenal sila DM minta nombor phone. hahaha

Thanks guys. Even kita baru kenal 2 tahun lebih, rasa macam dah kenal lama sangat. Excited pergi kelas sebab nak jumpa korang *ayat baekkk. Thanks for everything ada yang bantu aku belajar itu ini semua. THANKS :)

_____________________________________________________________


Budak ni nak buat surprise tapi tak menjadi. Beria tau dia nak buat surprise nak bagi hati saya gembira. Belon tu penting. Kesian dia saya punya expression buat dia sedih katanyaa. Mana taknyaa. dah kantoii. :p Tapi apa-apa pun dia punya nak surprise tu terkena diri sendiri. Takut saya marah dia. Sapa suruh cari pasal dengan orang macam ni. 

Thanks Naqib for this small celebration. Dalam hati ni sebenarnya seronok laa. Seronok sangat bukan tak rasa apa. Mana ada manusia yang tak suka orang usaha sesuatu untuk kita. Terima kasih untuk hiasan wall kat belakang tu. Cantikkk. Kesian berlecak ketiak katanya yee :) Thanks tau for everything jugak. Halal segala makan minum yang Aqib dah bagi. Maaf kalau ada salah silap sepanjang perkenalan kita ni yee. Maafkan mulut ni yang selalu membebel minta macam-macam. 0-0 okay. I'M SORRY :)

_____________________________________________________________

Last, terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga saya yang tak pernah nak lupa saya, tak pernah kurang sayang untuk saya, selalu ada bila susah senang saya. Berapa banyak thanks tu tak terkata lah banyak dia sebab banyak sangat sejak dari umur 1 hari sampai 21 tahun ni. Maaf juga sebab degil sangat diri ni. Sedar diri ni degil sangat susah dengar kata. Tapi janji akan berubah sikit demi sedikit untuk menjadi anak dan adik yang solehah. Insya' Allah :)

_____________________________________________________________

So, itu sahajalah untuk entry kali ni. Tiba-tiba rasa rajin pulak nak update benda yang dah lama tak sentuh ni. Tu pun sebab ada yang request. Cehh! Macam artis kann :D

Mohon maaf segala salah silap diri ini yee. Yang mana terkasar bahasa, tersilap bicara, tersentuh mana-mana, terambil apa-apa. Minta halal segalanya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)